Tuesday, February 11, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    DST bertahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 APRIL– Sempena bulan Ramadan yang mubarak, Datastream Digital Sdn Bhd (DST) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Membaca Surah Yasin dikhususkan bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja, hari ini.

    Hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi DST, Haji Sofian bin Haji Mohammad Jani; Ketua Pegawai Eksekutif DST, Radin Sufri bin Radin Basiuni dan pihak pengurusan serta kakitangan DST.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Awang Fariszal bin Ali.

    Antara warga DST yang hadir di majlis tersebut di Kubah Makam Diraja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda