Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua ahli RB menang hadiah lumayan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Dua orang ahli Royal Skies Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah memenangi hadiah lumayan setelah terpilih sebagai pemenang promosi Royal Skies Dine, Win & Fly To Brisbane with Alter Ego Fusion Café.

    Awang Kamarul Suni telah memenangi satu tiket pergi balik ke Brisbane manakala itu, Dayang Nur Syazwani Hamimi Zaini memenangi 10,000 Royal Skies Miles. Hadir pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di kafe berkenaan ialah Pengurus Loyalty RB, April Galera Chu, Pengurus Negara Brunei RB, Lim Guat Wen dan Pengurus Besar Alter Ego Fusion Café, Hao-Wei Ng.

    Menurut kenyataan yang diberikan, promosi yang berjalan dari pertengahan hingga penghujung Julai itu diadakan bagi meraikan pengenalan semula perkhidmatan tanpa henti ke Brisbane.

    Awang Kamarul Suni, Dayang Nur Syazwani bergambar bersama hadiah yang dimenangi oleh mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda