Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua bandar Myanmar catat rekod hari paling panas

    YANGON, 1 JUN – Dua bandar di Myanmar mencatatkan hari paling panas dalam tempoh hampir 60 tahun kelmarin, menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi hari ini.

    Hkamti, sebuah bandar di Wilayah Sagaing, barat Myanmar, mencatatkan suhu tertinggi dalam tempoh 58 tahun iaitu 42.3 darjah Celsius, kata biro cuaca itu.

    Myitkyina, sebuah bandar di negeri Kachin, utara Myanmar, mencatatkan hari paling panas dalam tempoh 57 tahun pada 41.8 darjah Celsius, katanya.

    Pekan-pekan lain di negara Asia Tenggara itu juga mengalami cuaca terik pada April dan Mei, menurut agensi cuaca.

    Peningkatan suhu boleh menyebabkan kejadian cuaca ekstrem seperti monsun luar biasa, kilat, angin kencang dan hujan luar biasa, U Hla Tun, pengarah Jabatan Meteorologi dan Hidrologi, memberitahu Xinhua.– Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda