Friday, January 24, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua cedera kemalangan jalan raya di Beribi

    Oleh James Kon
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Dua orang mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan di hadapan sebuah kompleks membeli-belah di Beribi, pada 21 April lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), sembilan orang anggota dari Balai Bomba Beribi, Cawangan Operasi A yang diketuai oleh ASO Sohardi bin Haji Piut telah dikerahkan ke lokasi kemalangan.

    Anggota bomba segera mencabut bateri dan membersihkan serpihan kaca di jalan menggunakan kekili hos air dengan air diperolehi daripada jentera bomba.

    JBP menyatakan, salah seorang mangsa cedera di leher dan belakang manakala seorang lagi mangsa patah tangan kiri.

    Berikutan kejadian itu, JBP mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa memastikan kenderaan yang dinaiki berada dalam keadaan baik dan selamat seperti tidak mengalami sebarang kebocoran yang boleh menyebabkan cecair mudah terbakar mengalir ke enjin atau sistem elektrik yang menyebabkan kebakaran.

    Pemilik kenderaan hendaklah memastikan pengubahsuaian atau penambahan pada sistem elektrik enjin dan aksesori kereta mengikut piawaian serta dijalankan oleh mekanik bertauliah, ini kerana arus elektrik yang tinggi boleh menyebabkan kabel terbakar.

    Keadaan kereta yang pecah cermin hadapannya dan kemik selepas kemalangan di Beribi.
    Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan yang berlaku di hadapan sebuah kompleks membeli-belah di Beribi.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda