Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Dua cef RBC harumkan negara di Singapura

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Dua orang cef dari Royal Brunei Culinary (RBC), Cef Rozihan bin Zainordin dan Cef Andy Chong, telah mengharumkan nama negara apabila merangkul kejuaraan semasa Food & Hotel Asia (FHA) Ultimate Meat Challenge 2024 di Singapura pada 24 April lalu.

    Acara berkenaan menghimpunkan butcher dan cef profesional serta berkemahiran dari seluruh dunia untuk mempamerkan kepakaran mereka dengan daging kambing dan lembu.

    Cef Rozihan dan Cef Andy menyahut cabaran berkenaan bagi mewakili negara untuk bersaing dengan lapan pasukan teratas dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Taipei dan Emiriah Arab Bersatu.

    Dalam pertandingan kulinari selama enam jam yang mendebarkan, mereka menunjukkan teknik pemotongan daging yang tepat sambil menonjolkan kreativiti mereka dalam menghasilkan empat hidangan.

    Kehalusan kulinari dan inovasi mereka memikat hati dan selera para hakim, mendorong kedua-dua cef berkenaan meraih kemenangan dan merangkul kejuaraan.

    Sebagai pemenang-pemenang pertama dalam cabaran berkenaan, RBC bukan sahaja memperoleh gelaran berprestij malah hadiah wang tunai sebanyak S$4,000.

    RBC meraikan pencapaian luar biasa berkenaan dan dengan penuh semangat menjangkakan pengembaraan kulinari selanjutnya untuk meningkatkan reputasi Negara Brunei Darussalam dalam industri kulinari global.

    RBC merangkul kejuaraan dalam cabaran itu dan menerima hadiah wang tunai S$4,000 pada majlis penyampaian anugerah. – GAMBAR SERAHAN RBC
    Cef Andy menyerlahkan sentuhan daging yang potong oleh Cef Rozihan kepada empat hidangan yang lazat untuk 12 orang. – GAMBAR SERAHAN RBC

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...