Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Rezeki pelanggan bertuah menangi tiket umrah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Dayang Farah Fithriyani binti Abdul Rahman akan dapat mengerjakan umrah bersama suaminya apabila memenangi tiket umrah untuk dua orang sebagai hadiah utama dalam Promosi Sungkai Bufet 2024 anjuran Rizqun Coffee House.

    Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di restoran berkenaan, kelmarin, di mana hadir menyampaikan hadiah ialah Pengurus Kanan dan Pemasaran Jualan, Hajah Dayang Duratul binti Haji Awang Mohamad.

    Ketika ditemui Media Permata, Dayang Farah Fithriyani berkata, kemenangan berkenaan merupakan rezeki yang tidak disangka dan ia merupakan kali pertama dalam hidupnya menerima hadiah yang begitu bermakna.

    “Insya-Allah, saya akan mengerjakan umrah bersama suami saya nanti,” ujarnya yang kini bertugas di salah sebuah syarikat di negara ini.

    Dayang Farah, yang mengikuti promosi bersungkai bersama keluarganya, menyatakan bahawa sungkai bufet di restoran tersebut sangat menyelerakan dengan pelbagai juadah yang menepati cita rasa.

    Promosi Sungkai Bufet 2024 merupakan projek amal jariah yang dijalankan oleh syarikat itu pada bulan Ramadan setiap tahun.

    Selain hadiah utama, para pelanggan juga berpeluang memenangi baucar penginapan dua hari satu malam di hotel tersebut melalui sesi cabutan mingguan sepanjang bulan Ramadan.

    Dayang Farah Fithriyani, pemenang hadiah cabutan bertuah bagi promosi Sungkai Bufet di Rizqun Coffee House. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jasad Anna Gutu, malim gunung ditemui selepas setahun hilang

    KATHMANDU, 19 MEI - Sepasukan pendaki gunung telah mendapatkan mayat pendaki Amerika Syarikat (AS) dan malim gunung yang tertimbus dalam runtuhan salji di Gunung...