Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua dikesan langgar peraturan imigresen

    Oleh Syahmi Hassan

    BELAIT, 28 JULAI – Dua orang lelaki warganegara asing berjawatan amah telah diperiksa dan disiasat dalam Ops Langis yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) di tempat menjual makanan, kawasan RPN Panaga, Daerah Belait, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIPK, salah seorang warga asing berkenaan didapati melanggar peruntukan di bawah Peraturan 15(2) Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu tidak bekerja mengikut majikan yang asal manakala itu, seorang lagi melanggar Peraturan 15(3) Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu bekerja tidak mengikut apa yang tercatat di dalam pas kerja yang dibenarkan.

    Sementara itu, kedua-dua majikan telah dikehendaki untuk menghadirkan diri ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

    Kenyataan menyatakan bahawa operasi yang dijalankan pada pukul 9:30 pagi tadi itu melibatkan tiga orang pegawai imigresen dan diketuai oleh pemangku pegawai imigresen kanan.

    Sehubungan itu, JIPK mengingatkan bahawa aktiviti penguatkuasaan di negara ini akan ditingkatkan dengan melaksanakan pemantauan, operasi dan pemeriksaan secara berterusan berpandukan kepada maklumat yang ada sama ada secara bersendirian atau bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain.

    Anggota penguatkuasaan semasa menjalankan operasi di kawasan RPN Panaga, Daerah Belait, kelmarin. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda