Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL – Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).

    Pusat gempa 6 magnitud itu terletak di luar pantai Hualien di Lautan Pasifik, 29.9 kilometer di selatan Dewan Daerah Hualien pada kedalaman 10km, lapor agensi berita Central (CNA) berdasarkan data CWA.

    Kekuatan gempa bumi itu yang mengukur kesan sebenar peristiwa seismik adalah tertinggi di Daerah Hualien, yang berukuran 5 pada skala kekuatan 7 tahap Taiwan.

    Gempa itu tidak lama kemudian diikuti dengan gempa bumi bermagnitud lebih besar 6.3 dengan pusat gempa di Perbandaran Shoufeng Hualien, menurutnya. – Bernama

    Sebatang jalan raya di Hualien, Taiwan ditutup selepas beberapa siri gempa bumi melanda pulau itu pada 23 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...