Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Malaysia promosi sastera ASEAN bagi pertukaran budaya

    KUALA LUMPUR, 23 APRIL – Malaysia amat menggalakkan usaha mempromosikan karya-karya hebat negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) semasa menjadi pengerusi blok itu tahun depan bagi pertukaran antara budaya, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

    Beliau berkata bibliofil ASEAN perlu berganding bahu untuk menggalakkan pertukaran antara budaya di rantau ini.

    “Terdapat karya sastera Indonesia yang terkenal oleh Pramoedya Ananta Toer, Hamka, WS Rendra dan juga Jose Rizal di Filipina,” katanya selepas melancarkan ‘Program Jom Baca Bersama 10 Minit @Bernama’ di Wisma Bernama di sini hari ini.

    Turut menyertai program itu Duta Sweden ke Malaysia, Dr Joachim Bergstrom dan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai.

    Fahmi berkata usaha sedemikian memerlukan penyelarasan dan kerjasama antara kementerian.

    Beliau berkata Malaysia juga akan berusaha melindungi data dan memerangi bahaya dalam talian apabila menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan.

    Sementara itu, Dr Bergstrom berkata Sweden akan memupuk dialog mengenai kelestarian, kesihatan dan hak asasi manusia serta isu berkaitan kanak-kanak dengan rantau ini apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN nanti.

    Bergstrom berkata Sweden akan menghubungi perpustakaan dan menjangkau khalayak baharu untuk bekerjasama bagi meningkatkan perbincangan dan idea.

    Beliau juga menambah peralihan hijau, mesra alam, kesihatan planet dan memerangi perubahan iklim mendominasi agenda hubungan Malaysia-Sweden. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...