Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua hari tanpa sebarang kes

    BANGKOK, 28 JUN – Thailand mencatatkan dua hari berturut-turut tanpa sebarang kes baharu dan korban, menjadikan jumlah kes keseluruhan kekal 3,162 dengan lima kematian.

    Hari ini merupakan hari ke-34 Thailand tidak menyaksikan jangkitan tempatan.

    Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thailand pula berkata sejumlah 51 pesakit masih menerima rawatan di hospital.

    Sementara itu, Jurucakap Kementerian Pertahanan Lt Jen Kongcheep Tantravanich berkata Timbalan Menteri Pertahanan Jen Chaichan Changmongkol telah mengarahkan angkatan tentera untuk membantu kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19 di negara itu yang dijadualkan membuka semula perniagaan dan venue termasuk sekolah bermula 1 Julai ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda