Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua individu didenda buang sampah

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 18 OKT – Dua individu dikenakan denda kompaun $500 setiap seorang semalam oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kerana membuang sampah di premis awam.

    Menurut JASTRe, kedua-dua individu itu didapati meninggalkan sampah di padang terbuka yang terletak di Anduki yang dirakam kamera litar tertutup berdekatan, dengan denda dikeluarkan di bawah Bab 12 (1) Akta Kesalahan Rampaian (Pindaan) 2021.

    Individu berkenaan diberi masa tujuh hari untuk membayar denda dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kes dihadapkan ke mahkamah.

    Jika bersalah, tertuduh akan didenda antara $1,000 dan $3,000 bagi kesalahan pertama, antara $3,000 dan $9,000 serta penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya, bagi kesalahan berikutnya.

    Jabatan itu mengingatkan orang ramai khususnya syarikat dan pemilik premis komersial supaya sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang sampah di kawasan awam.

    Gambar dua individu yang dirakam CCTV meninggalkan sampah di Anduki. – Gambar serahan JASTRe
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda