Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Dua individu jenayah terancang didakwa

    KOTA KINABALU, 1 MAC – Dua lagi individu didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ antara tahun 2015 hingga 2023.

    Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Norsyafilah Pawawoi, 28, dan Zulkahar Dusing, 29, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

    Mereka didakwa menjadi ahli kumpulan itu di Kota Kinabalu mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

    Norsyafilah sedang menjalani hukuman penjara sejak 2016 manakala Zulkahar ditahan di Penjara Tawau sejak 2022 atas kesalahan berkaitan dadah.

    Noor Hafizah menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh.

    Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lina Hanini Ismail, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

    Terdahulu, 11 individu yang didakwa menganggotai Geng Upik pada 22 Januari lepas termasuk seorang ahli perniagaan Datuk Maslan Sani, 41, turut berada di Mahkamah Sesyen sama bagi sebutan semula kes. – Bernama

    Dua individu didakwa di Mahkamah Sesyen pada 1 Mac atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ antara tahun 2015 hingga 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...