Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Dua lagi syarikat dibenarkan kendali pakej umrah bagi 2023

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Syarikat Pelancongan Al-Hajat Tours and Travel Agency Sdn Bhd dan Syarikat Pelancongan Aleia Voyages Sdn Bhd telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi 2023.

    Perkara berkenaan telah dikongsikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menerusi Jabatan Urusan Haji dalam kenyataan media yang dikeluarkan kelmarin.

    Dengan kebenaran tersebut, kini terdapat 23 buah syarikat pelancongan yang diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi 2023.

    Syarikat-syarikat berkenaan ialah Darussalam Services Sdn Bhd, Straits Central Agencies Sdn Bhd, Raudah Al-Amin Sdn Bhd, Continental Yachting Sdn Bhd, Dar El-Ehsan Travel and Tours Sdn Bhd, At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd, Al-Hijrah Travel and Tours Sdn Bhd, Titian Travel and Tours Sdn Bhd, Az Back to Nature Travel and Tours Sdn Bhd, Balurih Travel Sdn Bhd, El-Abqari Travel and Tours Sdn Bhd, Al-Baraka Travel Services Sdn Bhd, Lamisa International Tours and Travels Sdn Bhd, Mustaqim Travel and Tours Sdn Bhd, Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn Bhd, JB Travel Agencies Sdn Bhd, Al-Abraj Travels and Tours Sdn Bhd, As Safa Travel and Tours Sdn Bhd, Qamaroon Tours Sdn Bhd, Al-Haramain Bil Iman Travel and Tours Sdn Bhd, PGGMB Travel Services Sdn Bhd, Al-Hajat Tours and Travels Agency Sdn Bhd dan Aleia Voyages Sdn Bhd.

    Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat umrah bolehlah mengikuti dan berhubung terus dengan syarikat-syarikat yang telah diberikan kebenaran tersebut.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...