Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kereta Ferrari Michael B. Jordan remuk teruk

    Pelakon Amerika, Michael B. Jordan bernasib baik apabila tidak mengalami sebarang kecederaan selepas mengalami kemalangan jalan raya pada petang Sabtu lalu.

    Jordan, 36, dilaporkan melanggar sebuah kenderaan lain sehingga menyebabkan bahagian depan kereta mewah jenama Ferrari mengalami kerosakan teruk.

    Menurut petikan dari mStar, kemalangan tersebut berlaku di persimpangan Sunset Boulevard dan Beachwood Drive, Los Angeles.

    Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles juga mengesahkan kejadian itu namun tiada sebarang tangkapan dilakukan.

    Ini kerana tiada bukti mengatakan Michael memandu dalam keadaan laju sehingga menyebabkan kemalangan.

    Sebelum ini, muncul dakwaan mengatakan Jordan mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan itu kerana tidak menghadiri acara Academy Museum Gala sehari selepas kejadian. – Agensi

    Jordan mengalami kemalangan pada Sabtu lalu. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...