Monday, November 25, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut kemalangan pesawat peronda di Colorado

    LOS ANGELES, 24 NOV – Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) semlaam, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

    Jurucakap Pejabat Sherrif Larimer County, Ali Adams dalam satu taklimat berkata pesawat Peronda Udara Awam yang membawa tiga orang di dalamnya terhempas pada 11:12 pagi waktu tempatan di kawasan Gunung Storm.

    Menurut kenyataan akhbar pejabat gabenor, ketiga-tiga individu yang berada dalam pesawat, yang semuanya telah berkhidmat sebagai sukarelawan di Peronda Udara Awam, sedang menjalankan “misi latihan rutin untuk latihan fotografi udara” apabila kemalangan berlaku.

    Peronda Udara Awam, agensi bukan berasaskan keuntungan adalah unit bantuan rasmi Tentera Udara AS.

    Di Colorado, misi Peronda Udara Awam termasuk usaha mencari dan menyelamat pendaki serta pemburu yang hilang, mencari pesawat yang terhempas serta mengangkut anggota kecemasan dan bahan perubatan. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda