Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dua pelajar UNISSA berlepas ke Rabat

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Dua orang pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab dan Terjemahan dari Fakulti Bahasa Arab (FBA), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dayang Nazatul Afiqah binti Junit dan Dayang Nuraisha binti Abdul Aziz telah berlepas ke Casablanca, Maghribi, baru-baru ini, untuk memulakan pembelajaran selama setahun di Mohammed V University di Rabat, Maghribi di bawah Program At-Tamayyuz, Program Belajar ke Luar Negara (SAP).

    SAP merupakan usaha UNISSA dalam memberikan peluang kepada para penuntut untuk mendapatkan pengalaman pendidikan yang lebih luas di luar dan membangunkan kemahiran profesional mereka seperti komunikasi, kesedaran diri dan keyakinan di luar negara.

    Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas untuk mengucapkan selamat belayar ialah Dekan FBA, Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah; Timbalan Dekan, Dr Hajah Norhayati binti Haji Abdul Karim; Ketua Program Prasiswazah serta Penyelaras At-Tamayyuz FBA, Dr Hajah Rafizah binti Haji Abdullah serta pensyarah FBA, Dayang Kujaimah binti Haji Abdul Kahar.

    Pihak FBA sangat berbangga dengan pencapaian kedua-dua pelajar berkenaan dan berharap pengalaman yang bakal diperoleh mereka di Maghribi dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya agar menjadikan mereka sebagai individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

    Dr Hajah Rafidah bergambar bersama pelajar yang akan berlepas ke Rabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kelmarin. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...