Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Peluang kenali model Mitsubishi

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – GHK Motors Sdn Bhd telah menganjurkan Jerayawara Mitsubishi bermula pada 18 sehingga 22 Oktober ini bertempat di Ruang Legar The Mall, Gadong.

    Jerayawara yang dibukakan kepada kunjungan orang ramai bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam itu bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai model Mitsubishi dan promosi terbaharunya sekali gus memberikan peluang kepada pelanggan untuk berhubung dengan perunding jualan Mitsubishi dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai model Mitsubishi.

    Selain itu, pelanggan juga berpeluang melihat model Xpander Cross, Xpander, L200 Sportero, Attrage Advance Edition, Pajero Sport dan Eclipse Cross yang dilancarkan baru-baru ini dengan lebih dekat lagi.

    Bagi pelanggan yang membeli mana-mana model Mitsubishi semasa jerayawara tersebut akan layak mendapat baucar yang boleh digunakan sebagai diskaun atau baucar tunai.

    Bagi memeriahkan acara, ke-semua pengunjung Jerayawara Mitsubishi juga dialu-alukan untuk menyertai secara percuma Simulasi Kereta Lumba – Mitsubishi Xpander Time Attack Challenge di mana enam orang pencabar terbaik pada perlumbaan tersebut layak bertanding pada hari terakhir jerayawara yang akan berlangsung pada pukul 2 petang.

    Seramai tiga pemenang akan menerima hadiah terkumpul berupa wang tunai sebanyak $600.

    Bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai acara tersebut orang ramai bolehlah mengikuti akaun media sosial Mitsubishi Instagram dan Facebook@mitsubihimotors.bn.

    Antara model kereta Mitsubishi yang dipamerkan semasa jerayawara di Ruang Legar The Mall, Gadong. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...