KAMPALA, 18 OKT – Dua pelancong asing dan seorang warga tempatan terbunuh selepas kenderaan yang dinaiki oleh mereka diserang di Taman Negara Queen Elizabeth di Uganda kelmarin, menurut polis.
“Kami telah menerima laporan mengenai serangan pengganas…kenderaan mangsa dibakar,” kata polis Uganda dalam satu kenyataan.
Polis berkata serangan itu dipercayai dilakukan oleh pemberontak Allied Democratic Forces (ADF) dari negara Republik Demokratik Congo (DRC).
Wakil pengurusan taman negara itu, Bashir Hangi, berkata identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana dokumen peribadi mereka turut terbakar. – Bernama