Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Dua syarikat didenda $1,000 buang sampah di tempat awam

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    TUTONG, 22 JAN – Dua buah syarikat telah dikenakan kompaun setelah didapati membuang sampah di tempat awam semasa Operasi Rondaan yang dijalankan Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong, baru-baru ini.
     
    Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut, Mak Sdn Bhd di Kampung Luagan Dudok dan Golden Corporation Sdn Bhd di Kampung Telisai masing-masing telah dikenakan denda kompaun $1,000 di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 dan dikehendaki bagi menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.
     
    Jika gagal membayar denda, syarikat-syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 bagi kesalahan pertama.
     
    Manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.
     
    Sehubungan itu, Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar.
     
    Ini khususnya di kawasan premis-premis perniagaan, tapak projek dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.
     

    Sampah yang dibuang di tempat awam. – GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG
    GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG

     
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...