Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Durant bantu Nets pertahan kemenangan

    LOS ANGELES, 13 NOV – Kevin Durant membantu Brooklyn Nets menang 110-95 menentang Los Angeles Clippers pada Sabtu, yang merupakan kemenangan kelima mereka sejak Kyrie Irving digantung perlawanan.

    Bintang pemain pertahanan Nets, Irving digantung untuk sekurang-kurangnya lima perlawanan oleh Nets selepas menggunakan media sosial untuk mempromosikan filem yang dikutuk secara meluas sebagai anti-semitik.

    Durant cemerlang dalam aspek serangan dan pertahanan, menjaringkan 27 mata dengan enam rebound, tiga assist, dua block, dan dua steal. Manakala pemain simpanan, Seth Curry menyumbangkan 14 daripada 22 mata pada suku keempat.

    Dia memastikan Nets bersedia dengan ketiadaan Irving, serta prestasi suram Ben Simmons yang hanya mampu menyumbang dua mata.

    Dia berkata pertahanan ialah kunci kemenangan.

    “Kami sentiasa berada di hadapan lawan kami sehingga mereka sukar untuk membuat jaringan,” katanya selepas Nets membendung pergerakan bintang Clippers, Paul George yang hanya mampu menyumbangkan 17 mata.

    “Walaupun kami tidak banyak membuat jaringan di awal permainan, saya rasa kami menghasilkan banyak jaringan yang bagus,” katanya.

    Pertahanan telah menjadi fokus utama sejak Vaughn mengambil alih tugas Steve Nash yang dipecat. – AFP

    Aksi Kevin Durant (kanan), bersaing dengan Paul George semasa perlawanan bola keranjang antara Brooklyn Nets dan Los Angeles Clippers di Los Angeles, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...