Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ebit Lew hantar 70 mesej lucah selama lebih satu jam

    TENOM, 21 MEI – Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, menghantar kira-kira 70 mesej berunsur lucah menerusi aplikasi WhatsApp kepadanya, antara jam 10:57 malam hingga jam 12 tengah malam pada 19 April 2021.

    Wanita berusia 40an itu, selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah tersebut.

    Saksi itu berkata walaupun ketika itu bulan Ramadan, Lew tetap menghantar mesej seperti itu kepadanya dan merasakan ayat-ayat lucah dan memuji dalam mesej itu, mengaibkan kehormatannya.

    Pengadu itu berkata dia melihat karektor Ebit Lew di media sosial sangat berbeza daripada mesej-mesej yang dihantar oleh pendakwah itu, yang dilihat sering menyebut isterinya sebagai seorang bidadari.

    “Tapi apabila dia (Ebit Lew) mesej macam tu, seolah-olah dia anggap perempuan ni hanya tujuan seks semata-mata,” katanya ketika dalam pemeriksaan utama itu.

    Wanita itu berkata selain menghantar mesej di awal pagi hingga ke malam, Ebit Lew juga akan membuat panggilan telefon kepadanya dan menggunakan bahasa lucah.

    Pada prosiding hari ini, Zahida juga memohon supaya pertuduhan pertama terhadap Ebit Lew dipinda secara lisan pada bahagian waktu, iaitu dari pukul 6 pagi kepada 8:07 pagi.

    Mahkamah membenarkan pindaan itu dibuat selepas saksi memberi keterangan, iaitu kronologi kejadian dia menerima gambar kemaluan tertuduh pada 29 Mac 2021 pada pukul jam 8:07 minit pagi. – Bernama

    Ebit Lew dituduh menghantar kira-kira 70 mesej berunsur lucah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...