Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Notis gangguan bekalan air

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Beberapa buah kawasan di Batu Satu, Jalan Tutong, akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah terutama kawasan tanah tinggi yang disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan paip air di kawasan berkenaan hari ini.

    Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut bermula pukul 9 malam hingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

    Antara kawasan yang terlibat ialah Batu Satu Jalan Tutong, kawasan komersial Batu Satu, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Jalan Chempaka, Jalan Al-Sufri, Jalan Kubah Makam Diraja, Kampung Kiulap, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Tumasek dan kawasan sekitarnya.

    Sehubungan itu, untuk permohonan pembekalan lori tangki air, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...