Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eclipse Cross tampil lebih sporty

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – GHK Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal jenama Mitsubishi di Brunei Darussalam telah mengadakan acara uji pandu media bagi Mitsubishi Eclipse Cross terbaharu, di Hotel Mulia.

    Uji pandu tersebut memberikan peluang kepada pengamal media tempatan untuk melihat dengan lebih dekat dan merasai sendiri keselesaan Eclipse Cross terbaharu berkenaan yang telah dilancarkan secara digital pada pertengahan September lalu.

    Pada acara itu, Eksekutif Pemasaran GHK Motors, Awang Ahmad Fa’ezul terlebih dahulu telah menyampaikan taklimat kepada ahli media dengan dibantu oleh Pegawai Pemasaran Digital GHK Motors, Eddy Muqri dan perunding jualan Mitsubishi iaitu Rahman, Hadinee dan Asmah.

    Eclipse Cross ialah kelas SUV coupe kompak yang dibina dengan penampilan SUV sporty anggun yang digayakan semula, memberikan keyakinan pemanduan dan keselesaan yang lebih baik. Model Eclipse Cross terbaharu ini membawa kecanggihan ke peringkat seterusnya dan hasilnya ialah kenderaan yang kelihatan anggun, stabil, mewah dan unik.

    Di dalam, tempat duduk gred standard tinggi berwarna hitam yang baharu menciptakan penampilan lebih canggih. Kemasan pintu juga selaras dengan warna tempat duduk untuk menampilkan ruang dalaman yang berkualiti tinggi dan sporty.

    Awang Ahmad Fa’ezul ketika menyampaikan taklimat kepada ahli media di dalam acara tersebut.

    Reka bentuk semula itu telah meningkatkan ruang bagasi kepada 448 liter dengan tempat duduk belakang boleh dilipat 60:40.

    Ia juga dilengkapi dengan kawalan steering audio dan skrin sesentuh infotainment dengan akses serasi CD, USB dan Bluetooth.

    Eclipse Cross boleh didapati dalam lima warna iaitu Titanium Grey Metallic, Sterling Silver Metallic, Bronze Metallic, Black Mica, dan White Solid.

    Dibawa daripada model sebelumnya, Eclipse Cross terbaru dikuasakan enjin petrol direct injection turbocharged MIVEC 2.0L.

    Ia beroperasi dengan transmisi Automatik INVECS -III CVT dengan mod sport enam langkah.

    INVECS ialah jenama transmisi automatik elektronik oleh Mitsubishi dan bermaksud “Sistem Kawalan Elektronik Kenderaan Pintar dan Inovatif.”

    Dari segi keselamatan dan jaminan, Mitsubishi Eclipse Cross terbaru mendapat lima bintang dalam penarafan keselamatan Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NAP).

    Ciri-ciri keselamatan termasuk tujuh beg udara SRS (pemandu, penumpang, sebelah tempat duduk – kiri dan kanan, langsir – kiri dan kanan, dan lutut pemandu), kamera undur, sistem immobilizer untuk meningkatkan keselamatan kereta daripada kecurian dan standard sistem brek anti-kunci ( ABS) dengan ciri keselamatan tali pinggang keledar pengagihan daya brek elektronik (EBD) telah dipertingkatkan dengan tali pinggang keledar pra-tegang dengan pengehad daya yang direka untuk berundur serta-merta semasa perlanggaran hadapan, oleh itu dapat mengehadkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang.

    Model ini dibina dengan badan RISE (Reinforced Impact Safety Evolution) yang mana struktur kereta dibuat daripada keluli tegangan tinggi untuk meningkatkan perlindungan penumpang sekiranya berlaku perlanggaran.

    Selain itu, Eclipse Cross turut dilengkapi emergency stop signal (ESS) iaitu amaran yang diberikan kepada kenderaan belakang apabila brek mengejut dikenakan bagi mengelak perlanggaran bahagian belakang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda