Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ekspedisi Saintifik di Hutan Simpan Batu Apoi

    Oleh Sim Y. H

    Gambar serahan Jabatan Perhutanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei- Jabatan Perhutanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancong (KSSUP) dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam (UBD) menganjurkan acara Ekspedisi Saintifik bertemakan Menerokai Biodiversiti Negara Brunei Darussalam.

    Ekspedisi saintifik itu melibatkan beberapa projek kajian dari pelbagai disiplin berkaitan biodiversiti, termasuk flora dan fauna, ekologi dan ekosistem hutan, produk hutan bukan kayu, pengurusan hutan dan pemetaan, mikrobiologi, geologi, hidrologi dan tumbuhan perubatan.

             Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan, di sini, hari ini, hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis perasmian acara berkenaan ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

              Turut hadir pada majlis itu ialah duta-duta dan pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi, naib canselor Universiti Brunei Darussalam, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap KSSUP, pegawai-pegawai serta para peserta ekspedisi.

              Ekspedisi Saintifik berkenaan akan berjalan selama 11 hari di mana para peserta memulakan perjalanan ke tapak perkhemahan di kawasan Hutan Simpan Batu Apoi, Temburong pada 30 Mei dan berakhir pada 9 Jun nanti. 

              Seramai 31 peserta menyertai ekspedisi berkenaan yang terdiri daripada 10 pasukan pengkaji dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa seperti Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Nanyang Technological University, Republik Singapura dan Royal Botanic Garden, University of Edinburgh dari Scotland.

              Ekspedisi itu bermatlamat untuk mengetengahkan kekayaan khazanah hutan Negara Brunei Darussalam yang sebahagian besarnya masih dalam keadaan asli ke peringkat antarabangsa.

              Ekspedisi saintifik itu melibatkan beberapa projek kajian dari pelbagai disiplin berkaitan biodiversiti, termasuk flora dan fauna, ekologi dan ekosistem hutan, produk hutan bukan kayu, pengurusan hutan dan pemetaan, mikrobiologi, geologi, hidrologi dan tumbuhan perubatan.

              Sebahagian daripada hasil dapatan dan maklumat baru tentang biodiversiti di negara ini akan dikongsi melalui pembentangan persidangan yang akan diadakan semasa Brunei Darussalam Conference on Biodiversity di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 11 Jun hingga 13 Jun nanti.

             Ekspedisi saintifik dan Persidangan Biodiversiti itu merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan bersempena dengan Pameran dan Persidangan Pertengahan Tahun Brunei 2024 (Brunei MYCE 2024).    

             

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...