Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspo digital perdagangan antarabangsa RCEP bermula

    BEIJING, 29 JULAI – Ekspo Digital Perdagangan Antarabangsa Anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) membuka tirainya di sini, pada Rabu.

    Kali ini, ekspo tersebut akan memfokuskan kepada langkah konkrit bagi mendorong pelaksanaan RCEP, memperhebat penyelarasan industri serantau serta kerjasama perdagangan dan pelaburan antara anggota RCEP, di samping mempercepat pembentukan paradigma pembangunan baharu di sebalik pandemik COVID-19.

    Naib Ketua Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT), Zhang Shenfeng menyifatkan RCEP sebagai perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang menyeluruh, moden, berkualiti dan situasi sama menang.

    Jelas beliau, RCEP bukan sahaja melibatkan perdagangan kargo, perkhidmatan dan akses pasaran pelaburan, malah turut merangkumi bidang baharu seperti harta intelek dan e-dagang.

    Dimaklumkan, ekspo yang berlangsung selama 10 hari itu akan menyediakan pelbagai kaedah wahana interaksi kepada syarikat China dan rantau RCEP. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda