Wednesday, April 23, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksport durian Musang King disasar cecah RM70j

    KUALA LUMPUR, 28 Julai – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan eksport durian Musang King ke China mencecah RM70 juta pada tahun ini berikutan permintaan tinggi daripada negara itu.

    Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata nilai eksport durian itu mencatat RM60 juta pada 2016 berbanding RM33 juta pada tahun sebelumnya.

    ‘’FAMA menjangkakan eksport durian Musang King ke China bertambah sebanyak 10 peratus menjelang hujung tahun ini. Namun ia bergantung kepada bekalan yang turut dipengaruhi oleh keadaan persekitaran antaranya angin, cuaca, bentuk muka bumi dan tanah,’’ katanya.

    Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tan Sri Badruddin Amiruldin (tengah) melihat buah durian yang dijual pada Program My Best Buy bersempena Penang Day 2017 di FAMA Point kelmarin.Turut sama Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak (kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang Datuk Seri Muhamad Farid Saad (dua kiri). – Bernama

    Beliau berkata demikian pada sidang media majlis ‘MyBest Buy’ @ FAMA Point bersempena program Hari Pulau Pinang 2017 di perkarangan ibu pejabat FAMA, dekat sini hari ini.

    Turut hadir, Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin. Program itu bertujuan mempromosikan produk hasil asas tani keluaran negeri itu kepada masyarakat.

    Mengulas selanjutnya, Ahmad berkata durian Musang King jenis D24 ditanam di kawasan tanah pamah manakala jenis D34 di kawasan berbukit. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda