Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Eksport Jerman merosot pada Oktober

    FRANKFURT, JERMAN, 2 DIS – Data rasmi hari ini menunjukkan eksport Jerman merosot pada Oktober untuk bulan kedua berturut-turut disebabkan inflasi yang tinggi dan harga tenaga yang melambung tinggi membebankan ekonomi terbesar Eropah itu.

    Menurut angka pelarasan musim dari agensi perangkaan persekutuan Destatis, Jerman mengeksport barangan bernilai 133.5 bilion euro (AS$140 bilion) pada Oktober yang menunjukkan kemerosotan sebanyak 0.6 peratus pada bulan sebelumnya.

    Kemerosotan itu mengejutkan penganalisis yang ditinjau oleh Factset, yang menjangkakan sedikit peningkatan dalam eksport.

    Kemunduran itu berlaku selepas eksport merosot sebanyak 0.5 peratus pada September, disebabkan permintaan yang lemah daripada negara-negara Kesatuan Eropah, menurut Destatis.

    Benua itu dilanda krisis akibat peperangan Rusia di Ukraine, yang telah melonjakkan harga tenaga dan menyebabkan inflasi melonjak ke paras tertinggi.

    Tekanan kos sara hidup ditambah dengan isu rantaian bekalan global yang telah menyebabkan Jerman bersedia untuk menghadapi kemelesetan.

    Sebagai tanda permintaan pengguna yang suram, import merosot sebanyak 3.7 peratus pada Oktober bulan ke bulan kepada 126.6 bilion euro yang meluaskan dagangan Jerman kepada 6.9 bilion euro.

    AS kekal sebagai pelanggan terbesar negara itu pada Oktober, walaupun penurunan mendadak 3.9 peratus dalam permintaan untuk barangan ‘buatan Jerman’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...