Wednesday, November 30, 2022
24 C
Brunei

-

Eksport kopi Vietnam catat rekod baharu

HANOI, 9 NOV – Di sebalik inflasi dan kesukaran dalam sektor perdagangan, eksport kopi Vietnam mencatat pertumbuhan kukuh, dan nilai eksport dijangka mencatat rekod AS$4 bilion tahun ini, menurut pakar.

Menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar (MARD) negara itu, eksport kopi dalam tempoh sembilan bulan pertama 2022 mencecah hampir AS$3.1 bilion, meningkat 37.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Harga kopi eksport meningkat hampir 22 peratus kepada purata kira-kira AS$2,280 setiap tan, lapor Agensi Berita Vietnam.

Data MARD menunjukkan Kesatuan Eropah (EU) terus menjadi pasaran terbesar kopi Vietnam dengan bahagian pasaran sebanyak 39 peratus untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini, mencecah hampir 490,700 tan metrik dengan nilai AS$1.1 bilion, iaitu peningkatan melebihi 27 peratus dalam jumlah dan lebih 54 peratus dalam nilai berbanding tempoh yang sama setahun lalu.

Walaupun inflasi mencecah paras tertinggi 20 tahun, eksport kopi ke EU masih berkembang dengan baik.

Institut itu menekankan bahawa kopi merupakan komoditi penting, minuman yang sangat diperlukan di negara-negara Barat, dan pengurangan tarif daripada Perjanjian Perdagangan Bebas EU-Vietnam (EVFTA) juga membawa kelebihan yang besar kepada pengeksport kopi ke pasaran ini. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jutaan rakyat Bangladesh hilang tempat tinggal

DHAKA, 29 NOV – Berjuta-juta orang di Bangladesh hilang tempat tinggal dan mata pencarian akibat kesan perubahan iklim tahun ini hingga menyebabkan penghijrahan dalam negeri...

Polis kawal bandar utama China

- Advertisment -