Monday, February 10, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksport Malaysia pada Sept melonjak

    KUALA LUMPUR, 3 Nov – Eksport Malaysia kekal kukuh bagi 11 bulan berturut-turut, dengan pertumbuhan dua angka iaitu 14.8 peratus kepada RM78.26 bilion pada September 2017 berbanding bulan yang sama tahun lepas, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

    Menurut MITI, bagi tempoh sembilan bulan pertama 2017, eksport melonjak 21.3 peratus kepada RM690.25 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

    “Berdasarkan prestasi itu setakat ini, jangkaan pertumbuhan eksport bagi setahun penuh pada 16.6 peratus seperti dalam Laporan Ekonomi 2017/2018 akan dapat dicapai.

    “Ini akan menyokong unjuran pertumbuhan ekonomi antara 5.2 peratus dan 5.7 peratus bagi 2017,” menurut MITI dalam kenyataan hari ini.

    Pencapaian eksport pada September 2017 didorong permintaan kukuh daripada pasaran utama, khususnya dari ASEAN, China, Hong Kong SAR, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun, Australia, Mexico dan Turki.

    MITI berkata, pertumbuhan eksport September 2017 itu dipacu oleh barangan pembuatan, yang meningkat 17.1 peratus atau RM9.58 bilion kepada RM65.62 bilion, menyumbang 83.9 oeratus kepadaeksport keseluruhan Malaysia.

    Kenaikan itu disokong terutamanya oleh eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E) yang lebih tinggi, iaitu meningkat 17.7 peratus kepada RM30.87 bilion daripada tahun lepas.

    “Ini merupakan tempoh sembilan bulan berturut-turut eksport barangan E&E mencatatkan pertumbuhan???????dua angka,” menurut MITI.

    Selain barangan E&E, peningkatan dua angka bagi eksport turut dicatatkan oleh barangan petroleum, barangan pembuatan logam, kelengkapan pengangkutan, peralatan optikal dan saintifik, barangan getah, barangan besi dan keluli serta tekstil, pakaian dan kasut.

    Berdasarkan penekanan ke atas penggalakkan eksport dalam Bajet 2018, MITI berkata, eksport dijangka kekal mapan pada 2018.

    Sementara itu, MITI berkata, import pada September meningkat 15.2 peratus kepada RM69.65 bilion berbanding?????? September 2016.

    Dalam tempoh sembilan bulan pertama 2017, import adalah bernilai RM620.66 bilion, melonjak 22 peratus.

    Dagangan keseluruhan naik 15 peratus kepada RM147.91 bilion pada September 2017.

    Dagangan Malaysia pada sembilan bulan pertama 2017 meningkat 21.7 peratus kepada RM1.311 trilion berbanding tempoh yang sama 2016, menurut MITI. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda