Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Eksport oleh PKS Korea Selatan catat peningkatan

    SEOUL, 28 MEI – Eksport oleh syarikat kecil dan sederhana (PKS) Korea Selatan meningkat untuk suku kedua berturut-turut berikutan permintaan kukuh terhadap produk kosmetik dan plastik,  menurut data kerajaan yang dikeluarkan hari ini.

    Penghantaran keluar oleh PKS meningkat 3.6 peratus daripada tahun sebelumnya kepada AS$27.76 bilion pada suku pertama (Q1), selepas mengalami pertumbuhan sebanyak 1.6 peratus pada suku sebelumnya, menurut Kementerian PKS dan Usahawan.

    Peratusan eksport PKS terhadap jumlah penghantaran keseluruhan merosot kepada 17.0 peratus pada suku pertama daripada 17.7 peratus pada tahun sebelumnya.

    Eksport produk kosmetik oleh PKS melonjak sebanyak 30.1 peratus kepada AS$1.55 bilion pada Q1 berbanding suku yang sama pada tahun 2023.

    Penghantaran produk plastik meningkat sebanyak 9.2 peratus kepada AS$1.24 bilion, tetapi eksport automotif berkurangan 9.1 peratus kepada AS$1.04 bilion.

    Eksport untuk mesin dan alat elektronik meningkat dalam dua digit pada suku yang disebutkan.

    Eksport PKS ke Amerika Syarikat melonjak 24.5 peratus kepada AS$4.72 bilion, tetapi penghantaran ke Jepun berkurangan 6.9 peratus kepada AS$2.43 bilion.

    Eksport ke Vietnam dan India masing-masing meningkat dalam satu digit kepada AS$2.55 bilion dolar dan AS$780 juta.

    Bilangan PKS Korea Selatan yang mengeksport meningkat sebanyak 1.7 peratus sepanjang tahun kepada 62,214 pada Q1.

    Bilangan PKS dengan eksport suku tahunan lebih daripada AS$10 juta meningkat kepada 362 pada Q1 daripada 323 pada tahun sebelumnya. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...