Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Ellie Suriaty, Azri Iskandar sah bercerai

    Ikatan perkahwinan yang dibina pasangan selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty Omar berakhir apabila mereka disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

    Menurut Ellie, 52, keputusan untuk berpisah itu terjadi kerana mereka sudah tiada lagi persefahaman selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan.

    “Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan.

    “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.

    “Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya.

    “Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya seperti dilapor Getaran.

    Usaha mStar untuk menghubungi pasangan ini juga tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab dan mesej hanya dibaca sahaja.

    Untuk rekod, Azri Iskandar, 54, dan Ellie Suriaty mendirikan rumahtangga pada tahun 2003.

    Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya iaitu Azrell, Nur Azreen, dan Nur Aliah. – Agensi

    Ellie dan Azri sah bercerai. – Agensi

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini