Monday, September 30, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elly Mazlein tinggalkan pentas ASGV

    Selepas tiga minggu berada di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV), pengacara Elly Mazlein diumumkan tidak lagi terlibat mengendalikan program hiburan berkenaan.

    Dalam satu kenyataan, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro iaitu Raqim Ahmad memberitahu Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom membuat keputusan mengundurkan diri atas sebab-sebab peribadi, kongsi mStar.

    “Dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program ASGV atas hal-hal peribadi. Pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.

    “Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang,” katanya.

    Dalam kenyataan sama, Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, turut mengucapkan penghargaan buat peminat yang telah banyak memberi sokongan terhadapnya sepanjang mengendalikan program tersebut.

    Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram, Elly memuat naik perkataan maaf bersama paparan skrin berita mengenai pengunduran dirinya itu.

    “Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran ASGV.

    “Sesungguhnya saya amat menghargai,” ujarnya. – Agensi

    Elly berharap para peminat terus menyokong ASGV. – BH Online
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda