Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Elon Musk peroleh AS$6 bilion untuk xAI

    SAN FRANCISCO, 28 MEI – Sekumpulan pelabur akan mengeluarkan AS$6 bilion untuk membiayai pembangunan teknologi kecerdasan buatan oleh Elon Musk yang dipanggil xAI.

    Syarikat itu berkata di laman webnya baru-baru ini bahawa pusingan pembiayaan Siri B akan digunakan untuk mengambil produk pertama xAI untuk memasarkan dan mempercepatkan penyelidikan.

    xAI berkata ia telah membuat ‘langkah yang ketara’ sepanjang tahun lalu dalam membangunkan teknologi itu dan akan diteruskan dalam beberapa bulan akan datang.

    Pelabur dalam pusingan terbaru termasuk beberapa syarikat dan individu seperti Andreessen Horowitz, Sequoia Capital, Fidelity Management & Research, Valor Equity Partners, Vy Capital, Saudi Prince Alwaleed Bin Talal dan Kingdom Holding.

    Musk menulis di laman media sosial X bahawa sebelum pelaburan, xAI mempunyai penilaian sebanyak AS$18 bilion.

    Pembiayaan itu boleh membantu syarikat milik Musk bersaing dalam perlumbaan untuk membangunkan kecerdasan buatan terhadap Microsoft dan juga Open AI, yang mencipta Chat GPT.

    Musk mengumumkan pembentukan syarikat itu pada Julai tahun lalu dan mengeluarkan bot sembang kecerdasan buatannya, Grok pada November. – AP

    Elon Musk (tengah) semasa menghadiri Forum Air Dunia ke-10 di Bali, Indonesia pada 20 Mei. Sebanyak AS$6 bilion telah beliau perolehi untuk bangunkan xAI miliknya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...