Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    RM1 juta diperuntukkan bela kebajikan wartawan

    KUCHING, 28 MEI – Peruntukan tambahan RM1 juta bagi Tabung Kasih@HAWANA untuk tahun hadapan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap golongan wartawan dan pengamal media.

    Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM), Mohamad Fauzi Ishak berkata pengumuman itu menunjukkan kerajaan peka terhadap kebajikan golongan itu yang berdepan pelbagai cabaran.

    Beliau yang juga Presiden Kelab Media Johor (KMJ) berkata tuntutan tugas wartawan ketika ini amat berbeza malah ada kalanya mengancam nyawa dan kesihatan sehingga menjejaskan kemampuan mereka untuk terus bekerja.

    Di Negeri Sembilan, Pengerusi Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS), Muhd Danial Amsyar Arfi berkata dengan penambahan dana itu, lebih ramai pengamal media kerajaan atau swasta yang memerlukan boleh dibantu.

    Bagi pengamal media sambilan, Nor Ainna Hamzah, 39, penambahan peruntukan itu membolehkan lebih ramai pengamal media baik masih berkhidmat atau bersara dapat dibantu melalui Tabung Kasih@Hawana.

    Di Pahang, wartawan akhbar Utusan Malaysia, Mohamad Shofi Mat Isa mengharapkan peruntukan itu dapat digunakan sebaik mungkin bagi membantu pengamal media yang memerlukan terutamanya yang berdepan kesusahan hidup serta diuji dengan masalah kesihatan.

    Bagi wartawan sambilan Norhafizan Zulkfili, 38, peruntukan tambahan tabung itu amat bermakna bagi pengamal media khususnya dalam kalangan wartawan sambilan yang tidak dapat menikmati sebarang kemudahan seperti petugas tetap. – Bernama

    Kumpulan penari dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak membuat persembahan tarian kebudayaan sempena Majlis Acara Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...