Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Elvina bakal timang cahaya mata kedua

    Pelakon, Datin Elvina Mohamad berkongsi berita gembira kini sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

    Perkongsian tersebut dilakukan Elvina, 28, menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun.

    “Kami tak sabar nak jumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi. Karl bakal menjadi abang,” tulisnya ringkas berserta tanda pagar #babynumberTWO.

    Menerusi fotonya bersama suami, Datuk Haniff Borhan dan anak lelaki, Karl Mateen, pelakon Takdir Cinta Dhia itu kelihatan sedang memegang perut, sekali gus menampakkan bentuk baby bump.

    Bagaimanapun, Elvina tidak berkongsi tentang usia kandungannya, namun kelihatan cukup teruja menanti kehadiran orang baharu dalam keluarganya.

    Rata-rata peminat turut teruja dengan perkhabaran tersebut dan mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buatnya dan anak damit dalam kandungan. – Agensi

    Elvina dikhabarkan sedang hamil anak kedua. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...