Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Emas powerlifting hadiah perkahwinan Siti Nuraisyah

    KUALA LUMPUR, 2 NOV – Kejayaan mempertahankan pingat emas sukan powerlifting di temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, disifatkan cukup bermakna buat atlet para wanita Selangor, Siti Nuraisyah Sahrin.

    Atlet berusia 19 tahun yang mengungguli kategori tidak melebihi 55 kilogram (kg) itu berkata selain mengulangi pencapaian sebelum ini, ia juga hadiah perkahwinan paling manis buatnya yang mendirikan rumah tangga pada Januari lepas.

    “Suami (Amirul Ihsan) minta saya buat yang terbaik dan menang. Jadi saya hadiahkan pingat ini buat dia serta keluarga kami.

    “Dah lama saya tak beraksi disebabkan pandemik, jadi gementar sedikit. Memang tak sangka kerana saya tak yakin boleh menang, tetapi hasil latihan saya berjaya mendapat keputusan seperti hari ini,” katanya kepada Bernama di sini.

    Pada aksi Para Sukma 2022 yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan hari ini, Siti Nuraisyah meraih emas selepas melakukan angkatan 50kg.

    Pingat perak dimenangi wakil Johor, Eng Ling Li dengan angkatan 39kg manakala gangsa milik Nuramirah Jamaludin mewakili Sarawak dengan angkatan 37kg. – Bernama

    Atlet para Siti Nuraisyah Sahrin yang mewakili Selangor dalam acara powerlifting bagi kategori wanita tidak melebihi 55 kilogram berjaya meraih pingat emas pada temasya Para SUKMA 2022 di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kg Pandan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...