Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Embiid akan jalani pembedahan

    NEW YORK, 5 FEB – Penyandang Pemain Paling Berharga NBA, Joel Embiid akan menjalani prosedur lutut kiri bagi membaiki kecederaan dan mungkin tidak dapat bermain untuk tempoh yang panjang, menurut beberapa laporan kelmarin.

    The Athletic dan ESPN, memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan, melaporkan bahawa bintang Philadelphia 76ers dari Cameroon itu akan menjalani pembedahan untuk membaiki tisu meniskus lateralnya yang terkoyak.

    Sementara laporan mengatakan jangka masa kepulangannya tidak dapat dipastikan, namun terdapat gambaran yang lebih baik tentang berapa lama dia akan terlepas aksi selepas prosedur itu pada minggu depan.

    ESPN berkata ia tidak semestinya kecederaan yang mengakhiri musim tetapi lebih banyak lagi akan diketahui selepas pembedahan.

    Embiid, pemimpin jaringan NBA dengan 35.3 mata setiap perlawanan, mengalami kecederaan Selasa lalu dalam kekalahan kepada Golden State apabila pemain Warriors, Jonathan Kuminga terjatuh di kaki kirinya ketika mereka sedang berebut bola.

    Embiid, yang juga mempunyai 11.3 rebound dan 5.7 assist bagi setiap perlawanan musim ini, telah terlepas dua perlawanan sebelumnya dengan kecederaan di lutut yang sama.

    Dengan rekod 30-18, Sixers berada di tempat kelima dalam Eastern Conference, satu perlawanan di belakang New York di tangga keempat dan tujuh di belakang pendahulu Conference, Boston. – AFP

    Aksi Embiid semasa perlawanan pada 30 Januari 2024 di Chase Center di San Francisco, California. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...