Friday, January 17, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emelda ‘sekolahkan’ warganet

    Pelakon, Emelda Rosmila memberi pengajaran terhadap warganet yang suka menghukum golongan selebriti tanpa usul periksa.

    Menerusi akaun Instagram (IG), isteri pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramli meletakkan paparan skrin, sekali gus mempromosikan beberapa individu yang lantang mengecam membabitkan isu pertikaman lidah antara artis dan warganet yang hangat diperkatakan.

    Tindakannya nyata memberi kesan apabila beberapa warganet tampil membuat permohonan maaf akibat perbuatan mereka mengutuk dan mengeji anak seni.

    Emelda berkata, dia tidak bermaksud mahu mengaibkan sesiapa.

    “Ini cara saya mahu memberikan pengajaran kepada warganet yang tak tahu menghormati individu lain. Kalau lihat cara tutur, saya jadi takut.

    “Artis pun manusia. Apa hak mereka nak bercakap macam-macam. Saya nak luahkan isi hati saya dalam ruang sendiri, kenapa kamu boleh masuk dan cakap sesuka hati.

    “Di mana silapnya menyuarakan pendapat peribadi. Dengan penuh rendah hati dan diri untuk bertanyakan adakah mungkin golongan artis dan penggiat seni tidak terkecuali untuk mendapatkan insentif kerajaan dalam dunia dilanda musibah ini?

    “Penggiat seni juga rakyat Malaysia, berhak bersuara untuk diri sendiri. Kenapa perlu kecam? Kalau saya rasa perlu, saya ambil. Kalau tak perlu pastinya akan dahulukan yang memerlukan. Jangan cetek akal. Emosi menguasai diri hinggakan otak di hujung jari,” luahnya.

    Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia tidak pernah bertindak sebegitu. Ini kerana apa yang dilakukan warganet melampaui batas manusia. – Agensi

    Emelda Rosmila memberi pengajaran terhadap warganet yang suka menghukum golongan selebriti tanpa usul periksa.
    – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda