Tuesday, April 8, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eminem kini bergelar datuk, timang cucu lelaki

    Penyanyi rap Eminem kini bergelar datuk selepas anak perempuannya selamat melahirkan anak lelaki pada 14 Mac lalu.

    Memetik laporan mStar, berita gembira itu dikongsi sendiri oleh anaknya iaitu Hailie Jade Mathers yang memberitahu dia terpaksa melahirkan anak damit tiga minggu lebih awal daripada perkiraan sebenar.

    Menerusi perkongsian tersebut, Hailie turut berkongsi foto anak lelakinya itu yang dinamakan sebagai Elliot Marshall McClintock.

    “Selamat lahir ke dunia tiga minggu lebih awal ‘Little E’ (panggilan Elliot),” katanya.

    Dalam pada itu, rata-rata warganet membuat spekulasi bahawa nama anak damit itu dipilih bagi memberi penghormatan buat nama sebenar bapanya iaitu Marshall Bruce Mathers III.

    Pada Oktober tahun lalu, Eminem berkongsi khabar gembira dia bakal bergelar seorang datuk selepas anak perempuannya disahkan hamil anak pertama.

    Kisah kehamilan anaknya itu turut diabadikan dalam sebuah muzik video (MV) lagu terbaharunya berjudul Temporary.

    Hailie merupakan satu-satunya anak kandung Eminem hasil perkahwinan dengan bekas isterinya iaitu Kim Scott.

    Hailie berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya iaitu Evan McClintock pada 20 Mei 2024 selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta. – Agensi

    Eminem (kiri) kini bergelar seorang datuk. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda