Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Eminem rai kejayaan 16 tahun tanpa dadah

    Penyanyi rap Eminem mencipta sejarah tersendiri apabila bebas daripada penyalahgunaan dadah selama 16 tahun baru-baru ini.

    Eminem atau Marshall Mathers, 51, berkongsi perkara itu dengan memuat naik foto dia memegang cip bagi menandakan kejayaannya tersebut.

    Pada 2007, penyanyi rap itu mengambil dadah secara berlebihan dipercayai 75 ke 80 biji dadah jenis Valium sehingga hampir meragut nyawanya.

    Semenjak itu dia berazam meninggalkan tabiat buruk berkenaan dengan menyertai pelbagai program pemulihan ketagihan dadah.

    Sebelum kejadian itu, Eminem mendedahkan dia biasanya akan mengambil sekurang-kurangnya 20 biji pil bagi membolehkan dia berfungsi.

    Eminem memberitahu anak perempuannya iaitu Hailie Jade dan dua anak angkatnya, Alaina dan Stevie turut menjadi pemangkin semangat untuk dia nekad meninggalkan najis dadah.

    “Tanpa anak-anak saya tidak mungkin dapat lakukan perkara ini (tinggalkan dadah). Mereka adalah sumber inspirasi terbesar saya.

    “Kejadian mengambil dadah berlebihan juga membuka mata saya tentang bahaya dadah,” katanya memetik laporan mStar.

    Selain masuk pusat pemulihan, Eminem memberitahu senaman banyak membantu dia mengurangkan ketagihan. – Agensi

    Eminem memegang cip bagi menandakan kejayaan bebas daripada penyalahgunaan dadah. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...