Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    EMLi anjur festival keluarga

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Sekolah Antarabangsa EML (EMLi), hari ini, telah mengadakan festival keluarga dengan menjemput ahli keluarga dan para bakal pelajar baharu ke sekolah berkenaan untuk mengetahui lebih dekat mengenai apa yang ditawarkan sekolah tersebut.

    Acara juga menyaksikan EMLi membuka kawasan sekolah untuk kanak-kanak baharu dengan mengadakan pelbagai aktiviti jualan makanan dan karnival.

    EMLi mempromosikan pengalaman ikatan yang unik antara para peserta melalui pameran makanan, hiburan dan aktiviti seperti pembuatan minuman lemon, pembuatan bertih jagung dan permainan untuk anak-anak.

    Festival juga bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak dan kakitangan EMLi yang telah memberikan sokongan dan sumbangan berterusan selama ini.

    EMLi merupakan sebuah prasekolah daripada KG1 hingga KG3 untuk kanak-kanak berusia antara tiga hingga enam tahun, yang menawarkan pendidikan sekolah yang berkualiti.

    Antara aktiviti yang memeriahkan festival keluarga tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda