Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Empat ditahan seludup pelarian Rohingya

    MEULABOH, 2 APRIL – Empat warga Indonesia telah ditahan berhubung penyeludupan berpuluh-puluh pelarian Rohingya, mangsa bot karam di perairan pantai kepulauan yang berlaku bulan lepas, kata polis kelmarin.

    Pada bulan lalu, pihak berkuasa menyelamatkan 69 pelarian Rohingya di luar pantai barat wilayah Aceh yang berpaut pada badan bot yang terbalik selama lebih dari sehari. Enam yang lain diselamatkan oleh nelayan sehari sebelumnya.

    Polis di wilayah Aceh berkata tiga orang tengah yang didakwa itu adalah dari kumpulan yang diselamatkan dan kemudiannya ditahan. Suspek keempat ditahan selepas suspek lain disoal siasat.

    Mereka yang itu didakwa itu telah pergi ke laut untuk mengambil pelarian untuk menaiki bot lain dari Bangladesh, dengan tujuan mengangkut mereka ke Malaysia.

    “Selepas dijemput dari pulau Sabang, pelarian Rohingya itu akan diangkut ke wilayah Sumatera Utara dengan trak sebelum menyeberang ke Malaysia,” kata ketua polis Aceh Barat, Andi Kirana pada sidang akhbar.

    Salah seorang suspek, yang dikenali sebagai HS, berkata bahawa dia menerima lima juta rupiah (AS$314) bagi setiap pelarian daripada ejen di Malaysia, kata Kirana. Tiga yang lain dituduh memandu bot ke laut untuk mengambil pelarian.

    Pihak berkuasa masih mencari empat lagi suspek, yang didakwa ‘dalang’ di sebalik penyeludupan pelarian Rohingya ke Aceh, tambah Kirana.

    Ramai Rohingya terpaksa menempuh perjalanan berbahaya sejauh 4,000 kilometer dari Bangladesh ke Malaysia, memacu operasi penyeludupan manusia berjuta-juta dolar yang sering melibatkan persinggahan di Indonesia. – AFP

    Pelarian Rohingya sedang diselamatkan oleh pihak berkuasa daripada bot karam pada 21 Mac lalu. Empat suspek ditahan disyaki terbabit dalam penyeludupan pelarian Rohingya kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...