Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat mayat ditemui, di sempadan Kanada-AS

    WINNIPEG, MANITOBA, 21 JAN – Seorang lelaki Florida didakwa kelmarin atas tuduhan menyeludup manusia selepas empat mayat, termasuk seorang kanak-kanak dan seorang remaja, ditemui di Kanada berhampiran sempadan AS dalam apa yang pihak berkuasa percaya sebagai percubaan menyeberang yang gagal semasa ribut salji.

    Pejabat Peguam AS bagi Daerah Minnesota berkata Steve Shand, 47, telah didakwa dengan penyeludupan manusia selepas tujuh warga India ditemui di AS dan penemuan mayat.

    Dokumen mahkamah yang difailkan Rabu lalu bagi menyokong penahanan Shand mendakwa salah seorang daripada mereka membelanjakan sejumlah besar wang untuk datang ke Kanada dengan visa pelajar palsu.

    “Siasatan ke atas kematian empat individu di Kanada sedang berjalan bersama-sama dengan penyiasatan terhadap operasi penyeludupan manusia yang lebih besar di mana Shand disyaki menjadi sebahagian daripada dalangnya,” kata John Stanley, ejen khas dengan Penyiasatan Keselamatan Dalam Negeri, dalam dokumen mahkamah.

    Menurut dokumen, peronda Sempadan AS di North Dakota menghentikan sebuah van 15 penumpang di selatan sempadan Kanada Rabu lalu. Shand memandu dan dokumen mahkamah mendakwa dia bersama dua pendatang tanpa izin warga India. – AP

    Penanda sempadan, antara AS dan Kanada ditunjukkan tepat di luar Emerson, Manitoba. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda