Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Empat Rohingya terbunuh di Bangladesh

    BANGLADESH, 6 DIS – Empat orang pelarian Rohingya terbunuh dalam kejadian tembak-menembak antara dua kumpulan pemberontak di kem pelarian Bangladesh, kata polis hari ini.

    Bangladesh menjadi tempat tinggal kira-kira sejuta orang anggota minoriti yang tidak mempunyai negara dan kebanyakannya beragama Islam, yang kebanyakannya melarikan diri daripada penindasan tentera Myanmar pada tahun 2017 dan kini menjadi sasaran siasatan pembunuhan kaum oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

    Kem pelarian Rohingya yang kotor dan sesak telah menjadi pusat pertempuran antara kumpulan bersenjata dan telah menggunakan perkhemahan itu sebagai pusat pengedaran dadah dan penyeludupan manusia.

    Ketua polis tempatan, Shamim Hossain memberitahu AFP, kejadian tembak-menembak berlaku selama sejam antara Tentera Keselamatan Rohingya Arakan (ARSA) dan Pertubuhan Solidariti Rohingya (RSO) semalam.

    “Empat orang pelarian Rohingya terbunuh dan dua orang lagi cedera parah,” tambahnya.
    Tiada kumpulan yang memberikan komen segera mengenai kejadian itu.

    RSO telah mencabar ARSA yang lebih besar dan berpengaruh untuk mengawal kawasan kem sejak awal tahun ini, serentak dengan tindakan keras terhadap ARSA oleh pasukan keselamatan Bangladesh.

    Keganasan telah lama menjadi lumrah hidup bagi mereka yang tinggal di perkhemahan pelarian tersebut.

    Polis mengatakan lebih daripada 60 orang pelarian Rohingya terbunuh dalam pertempuran di kem tersebut tahun ini, termasuk wanita dan kanak-kanak.

    Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) mengatakan pada Ahad lalu ia ‘terkejut dengan kemerosotan keadaan keselamatan di kem-kem itu.’ – AFP

    Ratusan Muslim Rohingya yang dipercayai berada di atas dua buat bot yang dilaporkan kehabisan bekalan dan hanyut di Laut Andaman pada 4 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...