Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Empat sekeluarga lafaz Dua Kalimah Syahadah

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 11 FEB – Sebuah keluarga Iban di Daerah Belait telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman di salah sebuah kediaman di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panaga, hari ini.

    Hadir menyaksikan majlis penuh keberkatan berkenaan selaku tetamu kehormat majlis ialah Tim-balan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan berserta isteri.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Agama), Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh; Pemangku Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman; dan Ketua Pegawai Agama di Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Awang Mohammad Aliyani bin Ismail.

    Dengan majlis pengislaman berkenaan, Sebester Demu anak Uli, 41, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Muhammad Sulaiman bin Abdullah Uli, isterinya, Zuriah binti Bundan, 40, dikenali sebagai Nur Rania Zahra binti Muhammad Sofian; manakala itu, anak mereka, Deon Stanley anak Sebester Demu berusia 16 tahun dikenali sebagai Muhammad Amsyar Danial bin Muhammad Sulaiman dan Sheirly Elyana anak Sebester Demu berusia 18 tahun dikenali sebagai Nur Haura Mikayla binti Muhammad Sulaiman.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada saudara-saudara baharu oleh tetamu kehormat diikuti dengan merenjis minyak wangi dan bunga rampai yang diiringi dengan bacaan Dikir Marhaban.

    Menurut Unit Dakwah Daerah Belait, sejak awal Januari lalu, 12 orang telah menerima hidayah untuk memeluk Islam di Daerah Belait.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim dan isteri bergambar ramai bersama saudara-saudara baharu. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...