Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Trump ancam ‘galak’ serangan terhadap anggota NATO

    WASHINGTON, 11 FEB – Calon presiden, Donald Trump berkata kelmarin bahawa dia akan menggalakkan Rusia untuk menyerang anggota NATO yang tidak memenuhi kewajipan kewangan mereka, teguran yang paling ekstrem terhadap pakatan ketenteraan yang telah lama diraguinya.

    Dengan penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) membahaskan bantuan baharu untuk Ukraine menjelang ulang tahun kedua pencerobohan Rusia, bekas presiden itu berkali-kali mengatakan bahawa adalah tidak adil untuk memberi komitmen kepada AS untuk mempertahankan 30 negara anggota NATO yang lain.

    Bercakap pada majlis perhimpunan kempen di South Carolina kelmarin, Trump menggambarkan perbualan dengan ketua negara lain dalam satu mesyuarat NATO yang tidak ditentukan.

    “Salah seorang presiden sebuah negara besar berdiri dan berkata, ‘Baiklah, tuan, jika kami tidak membayar, dan kami diserang oleh Rusia, adakah awda akan melindungi kami?’ Saya kata, ‘Awak tak bayar, awak bermasalah?'”

    “Tidak, saya tidak akan melindungi awak. Malah, saya akan menggalakkan mereka melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Awda perlu membayar. Awda perlu membayar bil awda,” jelasnya.

    Kenyataan Trump dibuat selepas Senat Republikan pada Rabu menolak rang undang-undang bersama dwipartisan yang akan merangkumi pembiayaan baharu yang amat diperlukan untuk Ukraine, ditambah bantuan untuk sekutu Israel, bersama-sama dengan pembaharuan untuk menangani krisis sempadan AS-Mexico. – AFP

    Calon presiden Republikan, bekas Presiden Donald Trump bercakap pada perhimpunan Get Out The Vote di Coastal Carolina University di Conway, S.C. pada 10 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...