Tuesday, April 22, 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emper tampil elemen futuristik

    VIENNA, Austria memang tidak asing lagi dikenali sebagai negara yang kaya dengan seni arkitekturnya, bermula dari gereja-gereja hinggalah istana, kedai-kedai moden dan bangunan apartmen.

    Kediaman dinamakan ‘House Ray 1’ hasil rekaan Delugan Meissl Associated Architects (DMAA) terletak di tengah-tengah atas bumbung sebuah bangunan pejabat di Vienna yang dibina sekitar tahun 1960-an.

    House Ray 1 digambarkan sebagai kapal angkasa lepas futuristik dalam filem sains fiksyen.

    Garisan tajam dan muka bangunan cerun mengatur seiring bersama bangunan-bangunan yang ada di sana; terbina megah di antara bangunan lain yang kelihatan bersejarah dan lebih tradisional.

    Emper itu menggabungkan lipatan dan cerun ke dalam rekaan dan fungsinya.

    Ia menimbulkan satu ilusi siling yang sebenarnya semakin rendah dan merendah.

    Bagaimanapun lantai itu menyusuli cerun dan kekal sejajar dengan siling berkenaan.

    Hampir kesemua ‘House Ray 1’ itu dibina mengikut rekaan sebenar dan falsafah Delugan dan Meissl. Malah kebanyakan perabotnya dipasang siap di rumah itu sendiri dan mengikuti kontur ruang luarannya.

    Panel komposit aluminium Silver Alucobond dijadikan sebagai rangka luar bagi kediaman tersebut.

    Material komposit yang nipis dan ringan itu menjadikan ia mudah untuk dipotong mengikut bentuk dan mudah dicantumkan untuk memberi ruang luar yang tajam, garis agresif yang menjadi karakter projek-projek DMAA.

    Panel-panel komposit aluminium juga dijadikan sebagai bidai yang mengelilingi dinding kaca, menambah privasi dan mengalihkan perhatian kepada pemandangan panoramik di sekitar kawasan tersebut.

    Para arkitek juga menambah ketegaran pada struktur serta perlindungan yang dapat menangani elemen-elemen cuaca.

    Sementara ia tidak biasanya digunakan dalam arkitektur kediaman, panel-panel Alucobonda menambah elemen moden pada ruang luarnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda