Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Empoli tewaskan Sampdoria yang sedang bergelut

EMPOLI, ITALI, 17 JAN – Empoli meningkatkan peluangnya untuk mengelak daripada penyingkiran selepas menewaskan Sampdoria yang sedang bergelut, 1-0 di Stadio Carlo Castellani kelmarin.

Omar Colley menyangka dia menyamakan kedudukan pada minit ketujuh babak masa kecederaan tetapi jaringan tersebut dibatalkan disebabkan bola terkena tangan pemain Sampdoria.

Sampdoria kekal tujuh mata di bawah garisan penyingkiran selepas kekalahan keenam dalam tujuh perlawanan terakhirnya.

Kemenangan pertama Empoli pada tahun baharu itu melonjakkannya ke carta pertengahan, 13 mata di atas zon penyingkiran.

Tyronne Ebuehi menjaringkan gol pertamanya untuk Empoli, yang juga merupakan gol pertamanya dalam Serie A, pada minit ke-55 apabila dia menanduk masuk tendangan sudut.

Mehdi Leris dari Sampdoria cuba menjaringkan tetapi terkena palang pada separuh masa pertama. Pasukan pelawat mengepung gawang Empoli pada babak akhir masa permainan tetapi penjaga gol, Guglielmo Vicario berhasil menyelamatkan keadaan dengan mengagumkan.

Penjaga gol Sampdoria, Emilio Audero cuba membantu pasukannya bangkit dan berjaya membantu Colley memasukan bola ke dalam gawang pihak lawan tetapi, selepas pengadil membatalkan jaringan tersebut setelah meninjau gol di monitor tepi padang. – AP

Aksi Ciro Immobile (kanan), menunggu untuk menerima bola semasa perlawanan Serie A bola sepak Itali, 8 Januari. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -