Monday, April 28, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam individu direman bantu siasatan kes lelaki maut terkena tembakan

    KUCHING, 27 APRIL – Enam lelaki direman bermula esok bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut dipercayai terkena tembakan, semalam.

    Perintah reman terhadap kesemua suspek berumur 21 hingga 45 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan PendaftarHeng Yi Min selepas permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret, di sini hari ini. Peguam Russell Lim yang mewakili kesemua suspek memaklumkan reman empat hari dibenarkan kepada tiga suspek manakala tiga lagi direman tujuh hari.

    Semalam, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata seorang lelaki berusia 34 tahun maut dipercayai terkena tembakan semasa berada di dalam sebuah kereta di Jalan Stephen Yong. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda