Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Enam karton, 12 paket rokok berjaya dirampas

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Tujuh individu telah didapati memiliki enam karton dan 12 paket rokok berlainan jenama dalam Ops Sepadu Bersih yang dijalankan oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) dengan melibatkan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED).

    Berikutan dapatan itu, JKED telah mengeluarkan notis rampasan terhadap semua barang bukti yang ditemui atas nama orang kena tuduh (OKT) masing-masing dan diarahkan untuk hadir ke pejabat penguatkuasaan undang-undang di Anggerek Desa bagi siasatan dan tindakan selanjutnya.

    Dalam operasi di dua lokasi berasingan itu, Kampung Sinarubai dan Kampung Bengkurong Masin, JDBM juga telah mengeluarkan dua kompaun berjumlah $4,000 ke atas Syarikat Bhuiyan Sdn Bhd dan Maigold Company kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Bab 12 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Pindaan 2021).

    Penguat kuasa dari JIPK pula telah membuat pemeriksaan ke atas pekerja-pekerja asing bagaimanapun tidak ada kesalahan yang didapati.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...